← Laman utama

Privacy Policy

Dikemas kini: 22 Oktober 2026

Rakan Labs menghormati privasi anda. Polisi ini terangkan data apa yang kami kumpul melalui rakanlabs.my dan bila anda berurusan dengan kami, serta cara kami menggunakannya.

Data yang kami kumpul

Kami hanya terima data peribadi bila anda hubungi kami sendiri melalui WhatsApp, telefon atau email, atau melalui borang cadangan website: contohnya nama, nombor telefon, alamat email, nama syarikat dan butiran projek yang anda kongsi.

Jika anda minta cadangan website percuma, kami terima maklumat bisnes yang anda taip, nama, email dan nombor telefon anda, serta fail yang anda muat naik (logo atau company profile). Halaman cadangan anda boleh dibuka oleh sesiapa yang mempunyai pautannya, dan memaparkan nombor telefon dan email yang anda beri sebagai contoh maklumat hubungan. Fail yang dimuat naik disimpan secara peribadi dan hanya dilihat oleh team kami.

Jika anda guna Rakan AI (chat di bahagian bawah website), mesej yang anda taip dihantar untuk dijawab secara automatik. Kami tidak menyimpan perbualan ini dan tidak mengaitkannya dengan identiti anda. Sila jangan kongsi maklumat sensitif seperti nombor IC atau butiran bank dalam chat.

Kami guna Google Analytics untuk faham bagaimana website ini digunakan, contohnya halaman yang dilawati, berapa lama, jenis peranti dan lokasi anggaran. Google Analytics menggunakan cookies untuk tujuan ini dan tidak mengumpul nama, email atau nombor telefon anda. Anda boleh sekat cookies melalui tetapan browser atau guna Google Analytics Opt-out Browser Add-on.

Seperti semua website, hosting provider kami (Vercel) merekod log teknikal asas seperti alamat IP, jenis browser dan masa lawatan, untuk keselamatan dan operasi server.

Bagaimana kami gunakan data anda

Untuk membalas pertanyaan anda, sediakan quotation dan proposal, urus projek dan invois, serta hubungi anda tentang projek yang sedang berjalan. Kami tidak menjual data anda dan tidak menghantar marketing tanpa persetujuan anda.

Perkongsian data

Data anda hanya dikongsi dengan service providers yang kami perlukan untuk beroperasi (contohnya WhatsApp, email, hosting dan Google Analytics), atau bila diwajibkan oleh undang-undang Malaysia.

Mesej chat Rakan AI diproses oleh DeepSeek, penyedia AI yang servernya berada di luar Malaysia (termasuk di China). Dengan menggunakan chat, anda bersetuju mesej anda dipindahkan ke sana untuk tujuan menjana jawapan.

Untuk cadangan website, maklumat bisnes anda dan teks daripada company profile yang anda muat naik dihantar kepada DeepSeek untuk menulis kandungan cadangan; nama, email dan nombor telefon anda tidak dihantar kepada DeepSeek. Cadangan dan fail disimpan di Vercel (Amerika Syarikat). Butiran anda dan fail yang dimuat naik dihantar kepada team kami melalui Telegram dan email (Resend). Dengan menghantar borang, anda bersetuju data anda dipindahkan ke luar Malaysia untuk tujuan ini.

Penyimpanan dan keselamatan

Kami simpan data selagi perlu untuk tujuan di atas dan untuk keperluan perakaunan, kemudian padam. Anda boleh minta kami padam halaman cadangan dan fail anda pada bila-bila masa. Kami ambil langkah munasabah untuk melindungi data anda daripada akses, perubahan atau pendedahan tanpa kebenaran.

Hak anda

Di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA), anda boleh minta akses kepada data anda, betulkan data yang salah, atau tarik balik persetujuan dan minta kami padam data anda. Hubungi kami menggunakan butiran di bawah.

Hubungi kami

Email: admin@rakanlabs.my
WhatsApp / telefon: 018-285 6436