Website Design dengan CMS yang mudah diurus

Website anda selalunya tempat pertama customers menilai bisnes anda. Kami reka website custom yang mencerminkan brand anda, pantas di setiap device dan SEO-friendly dari hari pertama. Setiap website datang dengan CMS yang benar-benar mudah digunakan, jadi anda boleh kemas kini berita, gambar dan halaman sendiri tanpa perlu menghubungi developer setiap kali.

Contoh website dengan CMS yang dibina oleh Rakan Labs

Kenapa website yang baik penting?

Sebelum menghubungi anda, kebanyakan customers akan mencari nama bisnes anda di Google dan melihat website anda dahulu. Website yang perlahan, ketinggalan zaman atau sukar dibaca di telefon membuatkan mereka beralih kepada pesaing, walaupun servis anda lebih baik.

Website yang dibina dengan betul pula bekerja untuk anda setiap hari: menerangkan servis anda, mempamerkan hasil kerja dan memudahkan pelawat menghubungi anda. Dengan CMS yang mudah, content anda sentiasa terkini tanpa kos tambahan setiap kali ada perubahan kecil.

Apa yang kami bina

Design ikut brand anda

Bukan template. Kami bina visual system berdasarkan brand anda, supaya website anda nampak tersendiri dan dipercayai.

Responsive di semua device

Kemas dan mudah digunakan di telefon, tablet dan desktop, kerana kebanyakan pelawat datang melalui telefon.

CMS yang mudah

Kemas kini content sendiri: berita, galeri, profil team atau senarai servis. Tak perlu menunggu developer.

SEO-friendly dari awal

Struktur heading, metadata, sitemap dan kelajuan halaman diuruskan dari awal, supaya Google mudah memahami dan mengindeks website anda.

Loading yang pantas

Website yang laju memberi pengalaman yang lebih baik kepada pelawat dan membantu kedudukan anda di Google.

Enquiry yang mudah

Borang enquiry, butang WhatsApp atau sistem quotation memudahkan pelawat menghubungi anda, supaya pelawat menjadi leads.

Sesuai untuk

  • Syarikat yang mahu website korporat yang lebih professional
  • Bisnes servis yang mahu mempamerkan portfolio dan menerima enquiry
  • Persatuan dan organisasi yang kerap mengemas kini berita
  • Pusat pendidikan dan latihan yang mahu menarik pendaftaran baru
  • Bisnes yang website lamanya perlahan atau susah dikemas kini

Proses kami

  1. 1

    Konsultasi percuma

    Kita bincang matlamat bisnes anda, tentukan skop projek dan cadangkan pelan tindakan yang jelas. Tiada sebarang komitmen.

  2. 2

    Design dan build

    Kami reka dan bina solution yang disesuaikan dengan keperluan anda, bukan template yang diubah suai.

  3. 3

    Testing yang teliti

    Setiap peringkat diuji dengan teliti sebelum launch. Tiada jalan pintas.

  4. 4

    Launch dan support

    Selepas launch, kami sediakan ongoing support dan maintenance. Launch is day one, bukan pengakhiran.

Hasil kerja kami

EVENTS / PRODUCTION

Stardust Event Management

Website for a Kuala Lumpur event management and production company: corporate events, conferences, gala dinners and launches, with sound, lighting, LED and staging.

Lihat live site
BUSINESS / PRINTING

Print Studio

Clean, professional website for a printing service company, with service showcase, quotation system, and portfolio gallery.

Lihat live site
INTERIOR DESIGN

Talenta Design

Portfolio-driven website for an interior design firm, with project showcases, before/after galleries, and enquiry forms that convert.

Lihat live site
MILITARY / RAILWAY / IT

Jelapang Resources

Enterprise website for a Bumiputera defence and engineering contractor: three core sectors, global principals, and government credibility.

Lihat live site
“CMS dia memang senang guna, kami update sendiri je content, tak perlu developer every time. Loading pun laju, client kami pun happy.”
R. Aiman, Business Owner
“Student enrollment naik 40% since the new website went live. The team really understood education sector punya needs: scheduling, profiles semua on point.”
K. Wei Lin, Education Centre Principal

Soalan lazim

Bolehkah saya kemas kini website sendiri?

Boleh. Setiap website datang dengan CMS yang mudah digunakan, jadi perubahan harian seperti teks, gambar dan berita boleh dibuat sendiri tanpa developer.

Kenapa tidak guna template sahaja?

Template memang cepat, tetapi website anda akan nampak sama seperti banyak website lain dan selalunya dibebani features yang tidak diperlukan. Website custom dibina tepat untuk brand dan customers anda, lebih pantas dan lebih secure.

Berapa lama untuk siapkan website?

Websites biasanya mengambil masa beberapa minggu, bergantung pada bilangan halaman dan content yang tersedia. Kami berikan timeline yang jelas sebelum bermula.

Berapa kos untuk website?

Kos bergantung pada skop projek: features yang diperlukan, bilangan pengguna dan integrasi dengan sistem lain. Selepas sesi konsultasi percuma, kami berikan quotation yang terperinci, tanpa sebarang komitmen.