Custom WordPress Plugin Development
WordPress site anda perlukan fungsi yang tiada dalam plugin sedia ada, atau terpaksa menggunakan beberapa plugin untuk satu tugasan? Kami bina custom plugins yang tepat dengan workflow bisnes anda, mengikut WordPress standards, dan kekal stabil selepas setiap update. Satu plugin yang bersih, bukan timbunan plugin yang saling bercanggah.

Kenapa custom plugin?
Plugin percuma dan premium memang mudah dipasang, tetapi jarang sekali tepat dengan cara bisnes anda bekerja. Akhirnya ramai pemilik website memasang beberapa plugin untuk satu tugasan, dan website menjadi perlahan, sukar diselenggara serta berisiko rosak setiap kali ada update.
Custom plugin menyelesaikan masalah anda dengan satu kod yang bersih dan ringan. Anda dapat fungsi yang tepat tanpa features yang tidak diperlukan, dan website WordPress anda kekal pantas serta stabil.
Apa yang kami bina
Tepat dengan keperluan anda
Plugin dibina khusus untuk proses bisnes anda, sama ada sistem tempahan, borang khas, integrasi atau automasi.
Ikut WordPress standards
Kod yang bersih mengikut WordPress best practices, supaya mudah diselenggara dan serasi dengan theme anda.
Stabil selepas update
Dibina dan diuji supaya tidak rosak apabila WordPress atau theme anda dikemas kini.
Integrasi dengan sistem lain
Sambungkan WordPress dengan payment gateway, CRM, WhatsApp atau API pihak ketiga.
Ringan dan pantas
Hanya kod yang diperlukan, tanpa beban features tambahan yang memperlahankan website anda.
Ongoing support
Kami kekal membantu selepas launch, supaya plugin anda terus berfungsi apabila keperluan bisnes berubah.
Sesuai untuk
- Bisnes yang website WordPressnya perlukan fungsi khas
- Website yang menggunakan terlalu banyak plugin dan menjadi perlahan
- Agensi yang perlukan rakan teknikal untuk projek WordPress
- Bisnes yang mahu mengautomasikan proses dalam WordPress
Proses kami
- 1
Konsultasi percuma
Kita bincang matlamat bisnes anda, tentukan skop projek dan cadangkan pelan tindakan yang jelas. Tiada sebarang komitmen.
- 2
Design dan build
Kami reka dan bina solution yang disesuaikan dengan keperluan anda, bukan template yang diubah suai.
- 3
Testing yang teliti
Setiap peringkat diuji dengan teliti sebelum launch. Tiada jalan pintas.
- 4
Launch dan support
Selepas launch, kami sediakan ongoing support dan maintenance. Launch is day one, bukan pengakhiran.
Soalan lazim
Bolehkah plugin dipasang di website WordPress sedia ada saya?
Boleh. Plugin dibina untuk website anda yang sedia ada, dan diuji bersama theme serta plugin lain yang anda gunakan sebelum dipasang di live site.
Apa yang berlaku apabila WordPress dikemas kini?
Plugin dibina mengikut WordPress standards supaya serasi dengan update. Melalui ongoing support, kami pastikan plugin anda terus berfungsi selepas update besar.
Berapa lama untuk siapkan plugin?
Bergantung pada kerumitan fungsi yang diperlukan. Kami berikan timeline yang jelas sebelum bermula, selepas memahami workflow anda.
Berapa kos custom WordPress plugin?
Kos bergantung pada skop projek: features yang diperlukan, bilangan pengguna dan integrasi dengan sistem lain. Selepas sesi konsultasi percuma, kami berikan quotation yang terperinci, tanpa sebarang komitmen.